Sunday, February 19, 2017

Bahagia #4

"Maka nikmat Tuhanmu yang mana yang kau dustakan?"

Diam Berseorang

Diam
Diam

Ada yang sedang memandang
Ada yang sedang membilang;
noktah-noktah sunyi berseorang

Diam
Diam

Dalam keramaian di sudut tenang
Dia masih diam
Merencana erti-erti hidup
Mengangankan keindahan
Memgimpikan kesempurnaan

Dia masih tenang
Mengarang doa pada Tuhan
Diberi masa lebih panjang
Bertemu cintaNya dengan senang

Diam
Diam

Bisunya terlontar tanpa sedar
Persis tangisnya yang sayup terdengar

Dia terdiam
Dipeluk sabar

Masih berseorang.

Monday, February 13, 2017

Mula Semula


Abjad mulai mekar
Membentuk sekuntum mawar segar

Perlahan harumnya tersebar
Mengganggu gugat penuh debar

Moga tiada hati calar
Moga tiada jiwa nanar
Moga tiada akal liar

Tenang
Tenang sekalian alam
Dipeluk wangi aksara
Senyum melebar.


MJ
Feb 13, 2017

Thursday, August 27, 2015

Tarian Kehidupan


Menari dalam kesunyian
Rutin aku yang tidak terabaikan
Rentak dan irama yang aku alun sendiri
Tanpa menurut detik terbahagi
Bebas rasa ini melayang
Seperti selendang terbang ditiup angin lintang
Yang digayakan aku
Si penari tempang.

Thursday, August 20, 2015

Aku Ini Terbuang

Yang kau tahu perihal aku
Hanya sisi hitam penuh liku
Berulat dan membusuk
Kau terusan melempar
Kata nista penuh kusyuk
Dan setiap busuk jijik aku
Kau malah tabur najis tanpa silu
Mencorak dengan penuh galak
Hancur hati ini kau koyak, rabak.

Dan untuk setiap perit sakit ini
Tidak pernah lekang bibir memohon simpati
Pegangku pada tangan menghulur
Senyumku pada mulut menegur.

Biar
Aku cuma sampah yang sepah
Diabai disepak tiada hala
Bertebaran terbang
Mencari arah yang hilang
Biar
Aku ini terbuang.

MJ