Thursday, December 11, 2014

Kau bukan kau


Aku bukan sempurna
Tapi kawan
Kau dah sempurnakan aku

Aku bukan baik
Tapi kawan
Kau dah ajar aku

Aku bukan hebat
Tapi kawan
Kau dah tunjuk cara jadi hebat

Tapi kawan

Kenapa mesti kau tak jadi diri kau sebenar
Kenapa mesti kau berpura pura
Kenapa mesti kau dusta
Kenapa mesti kau buat aku rasa celaka

Kau kata itu kau kata ini
Aku percaya
Tapi sampai masa
Kau biar diri kau sengsara
Kenapa
Kenapa mesti kau siksa

Sebenarnya kau boleh elak
Tapi tidak
Kau lagi mengendah
Malah mengelak

Kau nasihat aku
Tapi tidak diri kau

Aku muak dengan perangai
Seolah kau pandai

Kau silap
Hormatku padamu
Makin di tahap tak tergapai
Landai

Friday, November 21, 2014

Kekuatan #2

Masih ada insan
Yang kisah
Masih ada insan
Yang tahu
Masih ada insan
Yang sudi
Berkongsi rasa
Berkongsi duka
Berkongsi tenaga
Berkongsi hati
Aku tak minta utk dikasihani
Aku tak minta utk disayangi
Aku tak minta utk disanjung dipuji
Aku cuma perlu
Dikelilingi hati hati yg murni
Bagi mengisi hati
Aku yg semakin sunyi
Terimakasih
Untuk kata kata semangat
Untuk kata kata penguat
Untuk kata kata berkat.
Aku kini lebih kuat.

Thursday, October 30, 2014

Wednesday, October 22, 2014

Terima kasih..

Allah dah kirim kau pd aku
Dah lama
Cuma aku yg buta
Cuma aku yg tak nampak
Barangkali kabur
Oleh keseronokan dunia
Sedangkan aku punya sesuatu
Yg lebih mmbahagiakan

Terima kasih kawan
Kerana mengingatkan
Dan
Tak pernah melupakan
Meski kita hanya kawan
Kau tetap dalam ingatan
Kau tetap aku doakan

Semoga Allah kurniakn jodoh yg sempurna utk kau

aku sayang kau,
Kawan.

Sunday, October 12, 2014

Friday, October 10, 2014

Bahagia #2

Kini
Aku jumpa kebahagiaan aku

Wednesday, October 08, 2014

Bahagia


Aku nampak kucing makan
Aku bahagia

Aku nampak family gather ramai2
Aku bahagia

Aku nampak sekumpulan bestfriend
Au bahagia

Aku nampak mak ayah aku ketawa
Aku bahagia

Aku nampak awan cantik
Aku bahagia

Aku nampak kucing susukan anak
Aku bahagia

Aku nampak anak sedara aku nyanyi
Aku bahagia

Aku nampak kapel bahagia
Aku bahagia

Aku nampak makanan
Aku bahagia

Aku nampak shopping complex
Aku bahagia

Aku nampak kedai kasut
Aku bahagia

Aku nampak org lain bahagia
Aku bahagia

Aku nampak kau bahagia dengan dia
Aku tetap bahagia

Ini bahagia aku.

Sunday, September 21, 2014

Tusuk

Angkara jarum
Tembus ke jari
Jika ke hati
Apa bisa kau nampak?
Darah membuak
Seperti perilakumu
Yg kian muak