Wednesday, April 08, 2015

Kau; Pergi.


Sakit yang aku rasa
Aku pendam dalam jiwa
Kerana aku tahu
Salahku mengharap pada kamu
Yg secara terangnya tidak pernah setuju
Dengan apa yg berlaku
Antara kamu dan aku

Sakit yang aku rasa
Aku biar merebak membiak
Setiap sel sel tisu aku makin rosak
Makin lama makin tidak nampak
Gumpalan darah sebesar tapak tangan itu
Kian parah, hancur dan berserak

Iya
Salahnya bukan pada kau
Tapi
Aku yg terlalu mengejar bayang
Aku yg terlalu memandang
Aku yg terlalu berharapan
Pada sesuatu yg terang terangan
Tidak menjadi kepunyaan

Sudahlah
Biarkan aku disini
Membawa luka hati
Merawat sepi
Sendiri

Kau
Pergi.


No comments:

Post a Comment