Friday, July 03, 2015

Mata, cerita segala



Aku mahu bicara tentang mata

Ada mata
Tugasnya memandang sepi
Mencari dan mencari
Kerna dulunya lelah
Memerhati sisi hina duniawi

Ada mata
Tugasnya melempar kata nista
Dijelingnya penuh rasa benci
Membara hasad dengki
Bisu dimulut manis
Terluah melalui ekoran sinis

Ada mata
Tugasnya menghantar berita gembira
Sinar bahagia yg terpancar
Buat jiwa jiwa bergetar
Lantas hati tidak sabar
Senyum lebar,

Ada mata
Tugasnya menzahir duka
Dibiar hujung tubir jadi empangan
Melepas perlahan tanpa rela
Semua terpaksa
Kerana musnahnya cinta

Mata aku ini
Telah memerhati pelbagai situasi
Sehingga aku terpandangkan kau
Dan akhirnya aku tersasar
Kerana
Pendangan pertama tak selalunya benar

Namun
Pertemuan singkat antara kita
Yg terjadi utk kesekian kalinya
Membuat mata aku dan mata kau
Saling bicara

Mata kau tersenyum
Mata aku menyapa
Dari situ terlihat masa depan
Kau dan aku mula berharapan.